Tuesday, August 27

Cara - Cara Penggunaan Koleksi Menang

Cara - Cara Penggunaan Koleksi Menang 6 beradik 

● Pemanggang Ajaib 
● Periuk Ajaib Generation 2
● Periuk Goreng Ajaib Generation 3
● Pan Ajaib 
● Waffle Ajaib 
● Pemanggang Ayam/Pizza Ajaib 

1. Keluarkan pemanggang dengan tertib daripada kotak.
2. Cuci pemanggang dengan air yang bersih dan sedikit cecair pencuci. kemudian lapkan pemanggang sehingga kering .
3. Letakkan di atas dapur gas dengan membuka penutup pemanggang, kemudian tuangkan sedikit minyak sahaja apabila menggoreng atau menumis .
4. Tidak perlu menggunakan minyak apabila memanggang . Begitu juga , tidak perlu menggunakan air yang banyak ketika merebus. Nyalakan api yang sederhana dan sedia untuk digunakan.


5. Pastikan penutup pemanggang ditutup rapat apabila memasak, kerana ianya akan mempercepatkan proses memasak dan juga untuk menghindarkan daripada percikan minyak, air atau masakan yang sedang dimasak.
6. Semasa memasak atau memangang, senduk/sudip tidak diperlukan. Anda hanya perlu memusing - musingkan kedua-dua belah permukaan luaran.
7. Peringatan !!!. Jangan sesekali menggunakan sudu, sudip, senduk atau alatan yang diperbuat daripada "Stainless Steel" ataupun "besi" bagi tujuan mengacau / menggaul mahupun mengangkat makanan yang dimasak. Ini akan mengakibatkan lapisan "non - stick " pada pemanggang akan terguris dan terkopek. Hanya alatan yang diperbuat daripada nilon, kayu atau plastik sahaja dibenarkan. 
8. Setelah selesai memasak, alihkan masakan yang dimasak dan cucikan pemanggang . Untuk tujuan cucian, hanya span lembut dibenarkan. Kemudian lapkan sehingga kering sebelum pemanggang disimpan.

Post a Comment